×

Surah Ar-Rahman in Malay

Quran Malay ⮕ Surah Rahman

Translation of the Meanings of Surah Rahman in Malay - الملايو

The Quran in Malay - Surah Rahman translated into Malay, Surah Ar-Rahman in Malay. We provide accurate translation of Surah Rahman in Malay - الملايو, Verses 78 - Surah Number 55 - Page 531.

بسم الله الرحمن الرحيم

الرَّحْمَٰنُ (1)
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya
عَلَّمَ الْقُرْآنَ (2)
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran
خَلَقَ الْإِنسَانَ (3)
Dia lah yang telah menciptakan manusia
عَلَّمَهُ الْبَيَانَ (4)
Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan
الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ بِحُسْبَانٍ (5)
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu
وَالنَّجْمُ وَالشَّجَرُ يَسْجُدَانِ (6)
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya
وَالسَّمَاءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ الْمِيزَانَ (7)
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan
أَلَّا تَطْغَوْا فِي الْمِيزَانِ (8)
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan
وَأَقِيمُوا الْوَزْنَ بِالْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا الْمِيزَانَ (9)
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang
وَالْأَرْضَ وَضَعَهَا لِلْأَنَامِ (10)
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain
فِيهَا فَاكِهَةٌ وَالنَّخْلُ ذَاتُ الْأَكْمَامِ (11)
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang
وَالْحَبُّ ذُو الْعَصْفِ وَالرَّيْحَانُ (12)
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (13)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)
خَلَقَ الْإِنسَانَ مِن صَلْصَالٍ كَالْفَخَّارِ (14)
Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar
وَخَلَقَ الْجَانَّ مِن مَّارِجٍ مِّن نَّارٍ (15)
Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (16)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
رَبُّ الْمَشْرِقَيْنِ وَرَبُّ الْمَغْرِبَيْنِ (17)
(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (18)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ (19)
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu
بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ (20)
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (21)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ (22)
Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (23)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
وَلَهُ الْجَوَارِ الْمُنشَآتُ فِي الْبَحْرِ كَالْأَعْلَامِ (24)
Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (25)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ (26)
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa
وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ (27)
Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (28)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
يَسْأَلُهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِي شَأْنٍ (29)
Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (30)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
سَنَفْرُغُ لَكُمْ أَيُّهَ الثَّقَلَانِ (31)
Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (32)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا مِنْ أَقْطَارِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ فَانفُذُوا ۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَانٍ (33)
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (34)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌ مِّن نَّارٍ وَنُحَاسٌ فَلَا تَنتَصِرَانِ (35)
Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu)
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (36)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
فَإِذَا انشَقَّتِ السَّمَاءُ فَكَانَتْ وَرْدَةً كَالدِّهَانِ (37)
Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (38)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
فَيَوْمَئِذٍ لَّا يُسْأَلُ عَن ذَنبِهِ إِنسٌ وَلَا جَانٌّ (39)
Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya)
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (40)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
يُعْرَفُ الْمُجْرِمُونَ بِسِيمَاهُمْ فَيُؤْخَذُ بِالنَّوَاصِي وَالْأَقْدَامِ (41)
Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka)
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (42)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
هَٰذِهِ جَهَنَّمُ الَّتِي يُكَذِّبُ بِهَا الْمُجْرِمُونَ (43)
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya
يَطُوفُونَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ حَمِيمٍ آنٍ (44)
Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (45)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ (46)
Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (47)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
ذَوَاتَا أَفْنَانٍ (48)
(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (49)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
فِيهِمَا عَيْنَانِ تَجْرِيَانِ (50)
Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (51)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
فِيهِمَا مِن كُلِّ فَاكِهَةٍ زَوْجَانِ (52)
Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa)
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (53)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
مُتَّكِئِينَ عَلَىٰ فُرُشٍ بَطَائِنُهَا مِنْ إِسْتَبْرَقٍ ۚ وَجَنَى الْجَنَّتَيْنِ دَانٍ (54)
Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (55)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ (56)
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (57)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
كَأَنَّهُنَّ الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَانُ (58)
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (59)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
هَلْ جَزَاءُ الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ (60)
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (61)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ (62)
Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua)
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (63)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
مُدْهَامَّتَانِ (64)
Kedua-duanya menghijau subur tanamannya
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (65)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
فِيهِمَا عَيْنَانِ نَضَّاخَتَانِ (66)
Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (67)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
فِيهِمَا فَاكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمَّانٌ (68)
Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (69)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
فِيهِنَّ خَيْرَاتٌ حِسَانٌ (70)
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (71)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
حُورٌ مَّقْصُورَاتٌ فِي الْخِيَامِ (72)
Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (73)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ (74)
(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (75)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
مُتَّكِئِينَ عَلَىٰ رَفْرَفٍ خُضْرٍ وَعَبْقَرِيٍّ حِسَانٍ (76)
Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (77)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
تَبَارَكَ اسْمُ رَبِّكَ ذِي الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ (78)
Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan
❮ Previous Next ❯

Surahs from Quran :

1- Fatiha2- Baqarah
3- Al Imran4- Nisa
5- Maidah6- Anam
7- Araf8- Anfal
9- Tawbah10- Yunus
11- Hud12- Yusuf
13- Raad14- Ibrahim
15- Hijr16- Nahl
17- Al Isra18- Kahf
19- Maryam20- TaHa
21- Anbiya22- Hajj
23- Muminun24- An Nur
25- Furqan26- Shuara
27- Naml28- Qasas
29- Ankabut30- Rum
31- Luqman32- Sajdah
33- Ahzab34- Saba
35- Fatir36- Yasin
37- Assaaffat38- Sad
39- Zumar40- Ghafir
41- Fussilat42- shura
43- Zukhruf44- Ad Dukhaan
45- Jathiyah46- Ahqaf
47- Muhammad48- Al Fath
49- Hujurat50- Qaf
51- zariyat52- Tur
53- Najm54- Al Qamar
55- Rahman56- Waqiah
57- Hadid58- Mujadilah
59- Al Hashr60- Mumtahina
61- Saff62- Jumuah
63- Munafiqun64- Taghabun
65- Talaq66- Tahrim
67- Mulk68- Qalam
69- Al-Haqqah70- Maarij
71- Nuh72- Jinn
73- Muzammil74- Muddathir
75- Qiyamah76- Insan
77- Mursalat78- An Naba
79- Naziat80- Abasa
81- Takwir82- Infitar
83- Mutaffifin84- Inshiqaq
85- Buruj86- Tariq
87- Al Ala88- Ghashiya
89- Fajr90- Al Balad
91- Shams92- Lail
93- Duha94- Sharh
95- Tin96- Al Alaq
97- Qadr98- Bayyinah
99- Zalzalah100- Adiyat
101- Qariah102- Takathur
103- Al Asr104- Humazah
105- Al Fil106- Quraysh
107- Maun108- Kawthar
109- Kafirun110- Nasr
111- Masad112- Ikhlas
113- Falaq114- An Nas