القرآن باللغة الملايو - سورة الفاتحة مترجمة إلى اللغة الملايو، Surah Fatiha in Malay. نوفر ترجمة دقيقة سورة الفاتحة باللغة الملايو - Malay, الآيات 7 - رقم السورة 1 - الصفحة 1.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ (1) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani |
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam |
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani |
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat) |
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan |
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus |
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat |