| لَا أُقْسِمُ بِهَٰذَا الْبَلَدِ (1) Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini
 | 
| وَأَنتَ حِلٌّ بِهَٰذَا الْبَلَدِ (2) Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas)
 | 
| وَوَالِدٍ وَمَا وَلَدَ (3) Demi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya
 | 
| لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي كَبَدٍ (4) Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)
 | 
| أَيَحْسَبُ أَن لَّن يَقْدِرَ عَلَيْهِ أَحَدٌ (5) Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)
 | 
| يَقُولُ أَهْلَكْتُ مَالًا لُّبَدًا (6) Manusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut ia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: "Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa)
 | 
| أَيَحْسَبُ أَن لَّمْ يَرَهُ أَحَدٌ (7) Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu)
 | 
| أَلَمْ نَجْعَل لَّهُ عَيْنَيْنِ (8) (Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami)
 | 
| وَلِسَانًا وَشَفَتَيْنِ (9) Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)
 | 
| وَهَدَيْنَاهُ النَّجْدَيْنِ (10) Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)
 | 
| فَلَا اقْتَحَمَ الْعَقَبَةَ (11) Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan
 | 
| وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْعَقَبَةُ (12) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu
 | 
| فَكُّ رَقَبَةٍ (13) (Di antara amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi
 | 
| أَوْ إِطْعَامٌ فِي يَوْمٍ ذِي مَسْغَبَةٍ (14) Atau memberi makan pada hari kelaparan
 | 
| يَتِيمًا ذَا مَقْرَبَةٍ (15) Kepada anak yatim dari kaum kerabat
 | 
| أَوْ مِسْكِينًا ذَا مَتْرَبَةٍ (16) Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah
 | 
| ثُمَّ كَانَ مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ وَتَوَاصَوْا بِالْمَرْحَمَةِ (17) Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang
 | 
| أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ (18) (Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga)
 | 
| وَالَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا هُمْ أَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ (19) Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri
 | 
| عَلَيْهِمْ نَارٌ مُّؤْصَدَةٌ (20) Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya)
 |