هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ (1) Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi |
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَاشِعَةٌ (2) Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina |
عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌ (3) Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah |
تَصْلَىٰ نَارًا حَامِيَةً (4) Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar) |
تُسْقَىٰ مِنْ عَيْنٍ آنِيَةٍ (5) Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya |
لَّيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٍ (6) Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri |
لَّا يُسْمِنُ وَلَا يُغْنِي مِن جُوعٍ (7) Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun |
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاعِمَةٌ (8) (Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri |
لِّسَعْيِهَا رَاضِيَةٌ (9) Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia) |
فِي جَنَّةٍ عَالِيَةٍ (10) (Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya) |
لَّا تَسْمَعُ فِيهَا لَاغِيَةً (11) Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia |
فِيهَا عَيْنٌ جَارِيَةٌ (12) Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir |
فِيهَا سُرُرٌ مَّرْفُوعَةٌ (13) Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya) |
وَأَكْوَابٌ مَّوْضُوعَةٌ (14) Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka) |
وَنَمَارِقُ مَصْفُوفَةٌ (15) Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar) |
وَزَرَابِيُّ مَبْثُوثَةٌ (16) Serta hamparan-hamparan yang terbentang |
أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى الْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ (17) (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan |
وَإِلَى السَّمَاءِ كَيْفَ رُفِعَتْ (18) Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya |
وَإِلَى الْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ (19) Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan |
وَإِلَى الْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ (20) Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan |
فَذَكِّرْ إِنَّمَا أَنتَ مُذَكِّرٌ (21) Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan |
لَّسْتَ عَلَيْهِم بِمُصَيْطِرٍ (22) Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu) |
إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ (23) Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar |
فَيُعَذِّبُهُ اللَّهُ الْعَذَابَ الْأَكْبَرَ (24) Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya |
إِنَّ إِلَيْنَا إِيَابَهُمْ (25) Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka |
ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا حِسَابَهُم (26) Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka |