إِذَا السَّمَاءُ انشَقَّتْ (1) Apabila langit terbelah |
وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ (2) Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh |
وَإِذَا الْأَرْضُ مُدَّتْ (3) Dan apabila bumi diratakan |
وَأَلْقَتْ مَا فِيهَا وَتَخَلَّتْ (4) Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong |
وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ (5) Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya) |
يَا أَيُّهَا الْإِنسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَاقِيهِ (6) Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya) |
فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ (7) Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya |
فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا (8) Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan |
وَيَنقَلِبُ إِلَىٰ أَهْلِهِ مَسْرُورًا (9) Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita |
وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ وَرَاءَ ظَهْرِهِ (10) Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya |
فَسَوْفَ يَدْعُو ثُبُورًا (11) Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya |
وَيَصْلَىٰ سَعِيرًا (12) Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang |
إِنَّهُ كَانَ فِي أَهْلِهِ مَسْرُورًا (13) Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar) |
إِنَّهُ ظَنَّ أَن لَّن يَحُورَ (14) Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) |
بَلَىٰ إِنَّ رَبَّهُ كَانَ بِهِ بَصِيرًا (15) (Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya |
فَلَا أُقْسِمُ بِالشَّفَقِ (16) Maka Aku bersumpah, demi mega |
وَاللَّيْلِ وَمَا وَسَقَ (17) Dan malam serta segala yang dihimpunkannya |
وَالْقَمَرِ إِذَا اتَّسَقَ (18) Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama |
لَتَرْكَبُنَّ طَبَقًا عَن طَبَقٍ (19) Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya) |
فَمَا لَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ (20) Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman |
وَإِذَا قُرِئَ عَلَيْهِمُ الْقُرْآنُ لَا يَسْجُدُونَ ۩ (21) Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud |
بَلِ الَّذِينَ كَفَرُوا يُكَذِّبُونَ (22) (Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya |
وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يُوعُونَ (23) Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati |
فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ (24) Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya |
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ (25) Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus |